Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, 20 April 2011

Mukaddimah

AL-QURAN : Surah An-Nahl 68-69


Blog Saudagar Setia Madu Khaula adalah cetusan dari pengalaman sebenar penulis sejak mula mengenali Madu Khaula pada tahun 2003 lagi.  Penulis yang ketika itu telah berusia 32 tahun adalah seorang yang pasif dalam kehidupan.  Gaya kehidupan yang tidak sihat menjadikan penulis sering dilanda masalah penyakit yang kronik.  Sebagai seorang yang tidak begitu ambil peduli tentang kesihatan diri juga tidak pernah beriadah menjadikan diri seumpama "bom jangka" yang hanya menunggu masa untuk meledak.


Sebagai "pencandu" rokok yang tegar dengan rekod peribadi 40 batang sehari, telah membenarkan kata-kata pepatah Melayu, yakni " Ikut hati jadi mati".  Gaya pengambilan makanan yang tidak seimbang menjadikan penulis mula mengalami masalah obese, hipertensi, batuk, asthma, sering lemah kehilangan tenaga dan kelihatan lebih tua dari usia yang sebenar.

Fenomena selanjutnya ialah di mana penulis mengalami stress dan tekanan perasaan.  Apabila seseorang berada di bawah tekanan, baik fizikal, mental atau emosional, maka fungsi sistem kekebalan tubuh secara signifikan akan menurun yang mendedahkan diri dengan penyakit.

Tanpa disedari, dari segi mental penulis menjadi seorang yang lekas marah, terjejas konsentrasi, kurang bersabar, selalu ragu-ragu dan masalah insomnia.


Pernah penulis "terbeli" sebotol madu tualang di Jalan Masjid India setelah didesak-desak jurujual yang mengatakan bahawa masalah kesihatan penulis akan membaik jika mengamalkan madu tersebut.  Cukup 3 hari saja mengambilnya, mulut penulis dijangkiti ulser yang teruk kerana suhu badan menjadi panas dan mengalami sakit kepala juga muntah-muntah. 




Musykil juga kerana penulis pernah terbaca bahawa madu lebah adalah penawar dan menjadi Sunnah Rasulullah, tetapi kenapa penulis mendapat sakit? Mungkin salah jenis madu yang diambil.....iyalah, kan banyak produk madu lebah di pasaran kita. Bermacam-macam jenis jenama yang semua mengaku yang terbaik dan berkhasiat kepada tubuh manusia.






Satu lagi, produk madu ni semuanya bukannya murah.....apatahlagi yang dari Yaman, Iran, New Zealand atau Australia.  Semuanya berharga RM300 keatas.  Maka makin terbantutlah amalan memakan madu lebah.






Hal madu kemudiannya terkubur buat beberapa bulan............



Sehinggalah pada satu hari sewaktu bertemu rakan-rakan sekolah lama dalam satu "reunion" telah merubah segala-galanya.


Kelihatan "MA" teman sekelas saya yang langsung tidak berubah dari zaman sekolah, masih kelihatan remaja berbanding dengan sebahagian besar kami yang berperut buncit, gendut, gemuk malah ada yang mula beruban seperti layaknya seorang "bapak budak".  Sebahagian besar dari kami mengelilingi beliau dengan pertanyaan bagaimana beliau boleh kelihatan seperti tidak dimakan usia.  


Kata-kata MA, "without giving respect to yourself, you are not going to earn respect from your body, too".


Aduh! Kata-kata beliau itu membuatkan penulis berasa tersentak.  Hati kecil mula berkata bahawa selama ini "aku tidak pernah langsung menghormati diri sendiri, mana mungkin tubuh aku akan menghormati diri juga".  Perasaan malu menyelubungi diri tatkala penulis   terlihat bayangan diri di cermin betapa penulis amat membenci sosok manusia di bayangan cermin tersebut.




Esok harinya penulis makan tengahari dengan MA yang kebetulan pejabatnya satu bangunan dengan penulis.  Selepas dengan lazatnya "membaham" nasi kandar kambing, penulis menceritakan maslah kesihatan yang alami dan mengharapkan MA memberikan beberapa tips  yang berguna.  Dengan selambanya MA menjawab......"AKU AMALKAN MAKAN MADU LEBAH ASLI"......."WHAT?"......"APA?".....HEH! MADU LAGI? TAK ADA BENDA LAIN KE? Penulis dah "phobia" dengan madu ni......bukannya nak membaik, malah bagi keracunan pulak!


Pergunungan Iran

Akan tetapi MA menyambung cerita bahawa.......madu yang diamalkan oleh beliau adalah madu yang diimport dari negara Iran dan madu ini adalah jenis "sejuk" kerana ianya adalah dari kawasan pergunungan.  Berbeza sangat-sangat dengan madu lebah tempatan.


Oooo.......barulah penulis sedar bahawa madu lebah pun ada banyak perbezaan dan jenisnya........manalah penulis tahu semua ini......ingatkan semua madu lebah sama saja.........


Wah!  Ini adalah ilmu yang baru bagi penulis dan jangkamasa satu jam lunch break serasakan tak cukup dan meminta MA sambung cerita selepas waktu pejabat.


Errr.....sembang, punya sembang.........apa jenama madu Iran tu MA? ........jawabnya....MADU KHAULA........


Eh......rasanya pernah jumpalah madu jenama ini.........tapi lupa pula di mana.....HMMMM..........


Selepas waktu pejabat, MA dan penulis membuka "sesi teh tarik" pula di kedai mamak seberang jalan dan banyak sekali informasi Madu Khaula yang penulis dapat.  Rupa-rupanya MA adalah pengamal Madu Khaula sejak setahun yang lalu dan menjadi agen jualan.  Katanya pendapatannya agak lumayan tetapi bukanlah MA berorientasikan keuntungan, malah lebih kepada mahu berkongsi kelebihan serta keistimewaan Madu Khaula sesama kita dan membantu mereka-mereka yang bermasalah dalam kesihatan.  Ooo......betul juga cakap MA....."nawaitu" mesti betul......barulah Allah akan bantu hamba-hamba-Nya.


Kemudiannya penulis mengikut MA ke pejabat Khaula Trading (waktu itu) dan alkisah bermulalah hikayat Saudagar Setia Madu Khaula (SSMK) setelah mendapat bimbingan, penerangan, maklumat dan produk.  Eh! Lupa pulak.......SSMK telah mula mengamalkan mengambil Madu Khaula seperti yang disyorkan.  Wahhhh!....Berbeza betul dengan pengalaman SSMK sebelum ini.......ternyata Madu Khaula amatlah berbeza, enak dan yang paling penting SSMK merasakan perubahan dalaman diri SSMK.  Kesihatan diri sudah menunjukkan perubahan yang drastik hasil dari tekun mengamalkan pengambilan madu mengikut peraturan yang disyorkan.


Syukur kepada Allah kerana telah mempertemukan SSMK dengan MA dan dengan izin-Nya telah diperkenalkan dengan satu "anugerah" yang tak terhingga nilainya, yakni MADU KHAULA.


Seperti yang telah dikatakan oleh MA bahawa benda yang baik wajib dikongsi bersama dengan orang lain dan bukanlah menjadi agen Madu Khaula ini adalah berorientasikan seperti kapitalis yang mengharapkan keuntungan semata-mata.  Akan tetapi lebih kepada "berpesan-pesan" demi kebaikan dan membantu kepada yang memerlukannya.  InsyAllah......jika ada nawaitu yang baik, Allah akan membantu kita..........SSMK pegang kata-kata MA itu sehingga hari ini dan ternyata benar kata-kata beliau.  Janji Allah itu benar.


Saudagar Setia Madu Khaula


Oleh yang demikian, rasmilah SSMK menjadi agen Madu Khaula pada akhir 2003 dan bermulalah episod pahit manis memperjuangkan Madu Khaula sebagai SAUDAGAR SETIA MADU KHAULA.

Kesihatan dan Kecantikan

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah Al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a : "Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit di dalam hati. Hendaklah kamu berubat dengan Madu dan Al-Quran".